

Hujung minggu diisi dengan menonton keriuhan dan kebanjiran ramai..ak keluar menapak ke ampang point menjadi teman kakak yang sibuk mencari barang untuk kawan kesayangannya..hah..bila disebut nama kawan glemernya itu buatkan ak rasa menyampah pun ada..bukan sekadar suka2 tetapi terlalu sarat cerita kawan glemernya itu..al maklumlah bukan calang2 nama..hahaha itu ak tidak boleh nafikan..
Seterusnya terus menuju ke pasar malam Jalan Tar..ak ini bila disebut Jalan Tar..Masjid Jamek..or sekitar2 memang ak beriya2 sangat nak pergi..syurga tudung..hahaha..bila dah tengok, semua ak rasa nak beli..obses sungguh!!Di rumah, berpuluh2 koleksi tudung..shawl..dan apa2 saje lah yang dipanggil orang tuh ak berjaya milikki..If boleh, ak nak ada semua tudung yang ak suke...Pakai tudung yang selesa dan cantik membuatkan tidak berhenti untuk membeli dan membeli tudung..hehehe..
Nak dijadikan cerita, seronok sangat menilik2 tudung yang dah macam2 style tuh ternampak DBKL buat rush..alamakkkk!!Akak ak dah mengelabah mungkin kerana serik memberi sedekah RM 100 sewaktu urusan 5 minit dia yang lalu buatkan dia fobia untuk kali ke-2..hahaha..kesian..biasalah malam pasar malam parkir memang tidak pernah berkesempatan..sebelum parkir tadi pun kami teragak2 nak join memarkir tepi jalan tapi dah sederet kereta2 lain membuat kepala, apa salahnya kami menjadi ekor..hahaha..sudahnya, terus membuat putus siap sedia untuk mendapatkan kotak hitamnya sebelum ditampal dengan apa2 notis..huh!(Tidak puas membeli membelek lagi)..
Jam masih awal..sekali lagi si kakak request nak bersantai di laman santai katanya..aduiii ada2 jep request yang menganti acara..terus ke laman santai di istana budaya..round berkali2 untuk mendapatkan tempat yang selesa buat si kotak hitam ini berehat..payah betul mencari..mungkin juga kebetulan pementasan Lat Kampung Boy yang membuatkan ak keletihan tanda mengalah saja..dah dapat satu parkir di depan Pusat Darah..tapi terus diacah oleh seorang pengawal di situ..
"Kereta siapa ni?
"Kalau tak nak apa2 jadi kat kereta Cik, sila parkir tempat lain..Kat sini ambulans keluar masuk"
"Ok, baik..."
Hah..if tidak mahu melibatkan diri tak payah la memberi alasan ambulans keluar masuk malam2??Pelik dengan pengawal yang tidak berjaya mencari alasan kukuh..walhal kotak hitam ini duduknya elok2 sahaja..langsung tak menghalang lalu lintas..emmm apa nak kata kalau pengawal itu dah bersuara..Then bersantai di laman santai..ini memang tempat kunjungan kami bila hujung minggu..bukan artis yang dicari tapi joget lambak dan tarian2 yang berjaya menarik kami ke sini saban minggu..walaupun ak sangat tidak terhibur dengan keletah pengacara separuh maskulin itu, tapi ak tetap tidak berganjak kerana menunggu apa yang dicari..yesss akhirnya ak berjaya..ada joget lambak..poco2..nyayian 60-an..sungguh terhibur dan mencuri kenangan..Nampaknya minggu depan kena turun awal kerana tidak sanggup lagi membuang masa mencari parkir
No comments:
Post a Comment