Thursday, April 14, 2011

Dan lagi..

Mungkin ak tidak faham dengan lelaki yang ak sayang..ak tidak faham dengan segala erti yang kami berkongsi buat kesekian kalinya..jika dicongak, sudah 9 tahun kami kenal..apa lagi yang kurang pada pemahaman ak agaknya..hmmm sentiasa di arah yang bertentangan..bertengkar pendapat dan berselisihan faham..mungkin dari kes kecil hingga boleh dibawa ke kes yang besar2 kalinya..kami masih sentiasa berkecil hati antara satu sama lain..kali ini ak meletakkan kesalahan di bahu ak..mungkin ak yang terlalu berkecil hati jika ditinggalkan sehari2..membaca sms2 pada nada ak sendiri..mencongak2 kata2nya yang masih belum keluar sendiri daripadanya..ya..ak salah..

Namun, jika 9 tahun tidak cukup untuk si dia mengenali ak bagaimana hendak diteruskan masa bersama??Dalam tempoh berdiam, ak mengimbau kembali setiap sms yang dihantar lalu..sudah menjadi kebiasaanku menyimpan segala yang menyenangkan bahkan menyakitkan..itu di dalam rekodku..dilihat kembali, ak terkejut kerana rupanya setiap bulan mesti tercipta pergaduhan di antara kami..rekod sms ku Jan..Feb..Mac..April dan bulan2 berikutnya masih tersimpan menjadi sejarah di dalam hp..itu 2009..jika dilihat lagi 2010..2011 masih juga tersedia di situ..ak tidak sedar selama ini banyak peperangan kecil mahupun besar tercipta..entah ke berapa kali..entah..

Kali ini, tempoh berdiam agak lama..sehingga mencecah 15 hari..bukan ak tidak merindu..bukan ak tidak lembut hati menyambut kemaafan..dan bukan juga ak mudah untuk menamatkan perhubungan..tetapi ak berasa entah dan entah..bagaimana hendak ak memaafkan jika setiap kali terjadi hanya itu yang dihulurkan dan janji2..dan janji yang ke berapa kali entah..cuma ak sendiri tidak faham kenapa ak begitu menyayangi si dia..mungkin ak tidak mahu sekerat jalan episod antara kami dan ak hanya memulakan semua ini dengan si dia..bukan ada 2,3,4 dan seterusnya..dia cinta pertama dan dia juga terakhir..konsepku senang, ak penat hendak memulakan cerita dan rasa baru..senang dengan yang satu..

Berjuta sms dan panggilan yang tidak dijawab terhenti deringnya oleh ak..ak perlukan masa untuk membina semula rasa2 bahagia terkecuali dengan peperangan..berikan ak masa dan masa..entah tarikhnya..entah tempohnya..ak berserah..tidak perlu terlalu bergantung kepada si dia..ak cuba hidup sendiri dengan cerita2 sendiri..ak juga memberinya masa untuk merindui ak..dan paling penting ini pengajaran yang mengingatkan..bukan ak sentiasa ingin berkecil hati tiada hala tuju, tapi ak memberi kami kefahaman tentang berdua..

Namun setiap hari ak mengawal perasaan supaya bersabar dan tidak mudah lembut hati dengan janji2 kerana ak sudah biasa mendengarnya sudah lama..sabar ya hati...sabar jangan terlalu merindu..

No comments: