Thursday, April 14, 2011

Si kera nakal..

Hujung minggu menjengah lagi..tiada aktiviti yang terancang kerana si kakak sibuk mengurus urusan kerja2 yang mempunyai tarikh mati..hajat untuk menonton wayang terpaksa dibatalkan kerana melihat jam yang ligat berputar membuatkan hari sudah petang..menghala kotak hitam bersiar2 di Taman Tar..katanya ingin melihat si kera2 nakal berebut makan..tapi ak tahu si kakak ingin menghafal peta Taman Tar kerana kawan cantiknya itu mahu membuat majlis pada hujung bulan nanti kali..ak tersenyum kecil kerana tidak perlu mencari alasan pelik jika berterus-terang bukan ak perlu diseret untuk pergi..hahahaha...(kerana dia tahu ak tidak senang dengan kawan cantiknya itu)...

Si kakak cukup bijak dalam urusan menghafal peta kerana minatnya pada ilmu geografi..(ak mengagak)..setibanya di sana, riuh dan meriah dengan orang ramai dan rakan2 kera bermain...sungguh teruja di tengah2 kota metropolitan ini ada juga hutan tebal dengan makhluk tuhan yang comel bermain2 seperti ini kawasan rekreasi mereka..ak tidak jemu melihat pak cik yang cukup mesra melayan si kera lagak seperti kawan baik..ak kira pak cik ini sering berkunjung ke sini kerana si kera ini mampu mengecam wajah kesayangan mereka kali...ada yang membaling pelbagai makanan..ada juga coklat untuk kudapan mereka..hahaha..sungguh urban kera2 ini..mereka seperti keluarga bahagia kerana tidak berebut secara berbahaya akan makanan2 itu..sudah pandai erti berkongsi ak kira..di kawasan ini seperti satu kawasan pelancongan baru kerana warga asing seperti cukup teruja melihat makhluk2 ini berkeliaran membuat aksi2 stunt yang melucukan..itu kawasan mereka mesti sudah terlalu biasa dengan pokok2 yang menjadi tempat lenanya..comel sekali..

Yang menjadi persoalan ak, di seberang jalan pula kelihatan makhluk muncung yang juga mencuri peluang mempopularkan diri..mencari makan dan sedikit keterujaan jelas kelihatan di wajah mereka..dengan saiz yang besar membuatkan ak menjadi gerun kerana risau jika membuat amuk atau menyerang kali..tapi cemas tidak langsung kelihatan kepada orang yang berkunjung..malah seorang lelaki India mengusap2..memicit..membelai seekor daripada mereka..ak kira mungkin makhluk itu cedera..entah..seperti menjadi rutin, mereka2 yang kerap menjadi pengunjung di sini telah bersedia dengan stok2 makanan untuk dibahagi-bahagikan..terfikir ak sejenak, masih ada lagi pencinta alam yang membuat amal dengan makhluk2 ini..ak kagum..suasana yang agak cemas pada ak, tidak cemas kepada mereka..

Sedang ak enak menjamu mata dengan keletah si kera yang melompat2 di atas bumbung kereta pengunjung (tidak termasuk ak kerana si kakak amat menyayangi kotak hitamnya..hahaha)membuat ak ketawa kerana mereka melompat2 dan meminta2 makanan dari dalam cermin kereta..geli hati melihat wajah mereka yang membuat mimik ketika meminta..nakal dan bijak!!Ada yang melarikan diri sepantas kilat(lebih laju dari kilat) setelah berjaya mendapatkan makanan menyorok bimbang jika harus dikongsi2..hahaha..Tapi yang pelik pada ak, 3 dara pinggitan seagama dengan ak boleh pula mencuba2 berbual mesra dengan makhluk yang jelas2 diharamkan itu..emmm dengan kurungnya..dengan cubaan untuk menghampiri membuatkan ak rasa kurang senang..jika sudah tahu halal haramnya kenapa pula mencuba2??Bimbang juga ak jika si makhluk itu bersikap agresif payah pula hendak mereka melarikan diri dengan kurung..huhuhu..kan..kan..

Sebelum pulang, singgah ke Laman Santai..berehat2 seperti biasa sambil menonton joget2..rasa relaks dan mencuri perhatian dengan tema 60-an..sungguh gemar ak akan zaman ini walaupun jika dilihat ak seperti gadis Ampang tapi ak membesar dengan irama ini..best!!Teringin hendak turut serta, tapi kerana malu ak yang menebal, ak simpan sahaja angan itu..terpinga dengan ajakan si penari untuk ber60-an..hahaha maaf ya, ak tebal dengan rasa pemalu..hahaha...

Dan lagi..

Mungkin ak tidak faham dengan lelaki yang ak sayang..ak tidak faham dengan segala erti yang kami berkongsi buat kesekian kalinya..jika dicongak, sudah 9 tahun kami kenal..apa lagi yang kurang pada pemahaman ak agaknya..hmmm sentiasa di arah yang bertentangan..bertengkar pendapat dan berselisihan faham..mungkin dari kes kecil hingga boleh dibawa ke kes yang besar2 kalinya..kami masih sentiasa berkecil hati antara satu sama lain..kali ini ak meletakkan kesalahan di bahu ak..mungkin ak yang terlalu berkecil hati jika ditinggalkan sehari2..membaca sms2 pada nada ak sendiri..mencongak2 kata2nya yang masih belum keluar sendiri daripadanya..ya..ak salah..

Namun, jika 9 tahun tidak cukup untuk si dia mengenali ak bagaimana hendak diteruskan masa bersama??Dalam tempoh berdiam, ak mengimbau kembali setiap sms yang dihantar lalu..sudah menjadi kebiasaanku menyimpan segala yang menyenangkan bahkan menyakitkan..itu di dalam rekodku..dilihat kembali, ak terkejut kerana rupanya setiap bulan mesti tercipta pergaduhan di antara kami..rekod sms ku Jan..Feb..Mac..April dan bulan2 berikutnya masih tersimpan menjadi sejarah di dalam hp..itu 2009..jika dilihat lagi 2010..2011 masih juga tersedia di situ..ak tidak sedar selama ini banyak peperangan kecil mahupun besar tercipta..entah ke berapa kali..entah..

Kali ini, tempoh berdiam agak lama..sehingga mencecah 15 hari..bukan ak tidak merindu..bukan ak tidak lembut hati menyambut kemaafan..dan bukan juga ak mudah untuk menamatkan perhubungan..tetapi ak berasa entah dan entah..bagaimana hendak ak memaafkan jika setiap kali terjadi hanya itu yang dihulurkan dan janji2..dan janji yang ke berapa kali entah..cuma ak sendiri tidak faham kenapa ak begitu menyayangi si dia..mungkin ak tidak mahu sekerat jalan episod antara kami dan ak hanya memulakan semua ini dengan si dia..bukan ada 2,3,4 dan seterusnya..dia cinta pertama dan dia juga terakhir..konsepku senang, ak penat hendak memulakan cerita dan rasa baru..senang dengan yang satu..

Berjuta sms dan panggilan yang tidak dijawab terhenti deringnya oleh ak..ak perlukan masa untuk membina semula rasa2 bahagia terkecuali dengan peperangan..berikan ak masa dan masa..entah tarikhnya..entah tempohnya..ak berserah..tidak perlu terlalu bergantung kepada si dia..ak cuba hidup sendiri dengan cerita2 sendiri..ak juga memberinya masa untuk merindui ak..dan paling penting ini pengajaran yang mengingatkan..bukan ak sentiasa ingin berkecil hati tiada hala tuju, tapi ak memberi kami kefahaman tentang berdua..

Namun setiap hari ak mengawal perasaan supaya bersabar dan tidak mudah lembut hati dengan janji2 kerana ak sudah biasa mendengarnya sudah lama..sabar ya hati...sabar jangan terlalu merindu..

Tuesday, April 5, 2011

Ahad yang kabut~

Hujung minggu bukan menjadi hari yang riuh buat family ak..mungkin kerana akak yang jadual kerjanya yang tidak menentu membuatkan segala perancangan hanya akan dibuat hujung2 waktu..begini juga hari ahah permulaan April ini..si kecil yang sudah pandai mengeluarkan ayat yang sama berkali2.."Boring2.."membuatkan ak ketawa kecil kerana setiap ketika boringnya ada..hahaha..hendak ditinggalkan si mama tiada di rumah..kata si kecil juga boring dengan si abah kerana hanya mengajaknya tidur mahupun menonton bola di astro..terus terusan mengajak kami keluar ke taman even matahati terpacak di atas kepala..entah apa sebabnya tidak mengajak si abah ke taman..sentiasa kami yang menjadi sasaran..hahaha.. Diikutkan hati ingin membuat urus hari ini di kedai fotokopi..lambakan2 sijil terdahulu sudah mula kering..namun jika si kecil menumpang sama masa kan kami hendak membawanya ke tempat yang bersesak kepanasan menunggu dijilid kertas2 putih itu..

"Ala M.A..C.S..boleh la...adik tak kira, adik nak ikut jugakkkkkkkkk..."

If dah bising merengek2 apa yang boleh kami buat, jom2..sampai di destinasi ak tahu ak yang harus mengalah meredah kepanasan dan sesak dikelilingi bukan warga negara..adeh!!Rasa peluh yang menitik2 dan bau yang agak pelik menjalar di segenap..ayooooo merasa!!Siap urusan boleh melihat mereka2 bersenang2 dan berposing2 di dalam kotak hitam sambil menunggu ak yang terhuyung-hayang membawa beban kertas..heh!!Siap kamu2 nih..

Terus menuju ke Jalan Bintang..hehehe membuat urus si akak..ada sahaja perancangan yang menjadi penambah perisa setiap kali keluar..si kecil sudah berkali2 memberi signal yang mana dia mahu membeli permainana kegemaran siang malamnya itu..ultraman!!Ak sudah tahu akan rengeknya jika setiap kali keluar tidak berjaya membawa apa2 koleksi permainan ke rumah..Dia tidak pernah gagal untuk itu..itulah si kecil!!Sungguh licik~Setibanya di syurganya itu, kami tidak boleh mengatakan tidak kerana keobsesannya memilih itu dan ini untuk dibawa pulang..OMG kamu ini sudah menjadi kawan baik ultraman lagaknya~Akhirnya seperti biasa dia berjaya dan tersengih2 lalu menyuruh kami2 pulang menghantarnya segera.Dia hendak main di rumah katanya..haisshh...

Kepenatan melayan karenah mereka2..lalu ak membuat putus bungkus makanan segera itali untuk dibawa pulang..sudah tidak sempat hendak bersantai2 di restoren segera itu kerana ABPBH sedang menanti menjadi rancangan family untuk berkumpul..seperti biasa si scorpio ini amat alergik dengan makanan itali ini..kami mendapatkan makanan itali ini dan dia pula dengan chicken porridgenya di mana lagi if Mac Donald kesukaan itu..Berlainan citarasa~

menapak keluar..



Hujung minggu diisi dengan menonton keriuhan dan kebanjiran ramai..ak keluar menapak ke ampang point menjadi teman kakak yang sibuk mencari barang untuk kawan kesayangannya..hah..bila disebut nama kawan glemernya itu buatkan ak rasa menyampah pun ada..bukan sekadar suka2 tetapi terlalu sarat cerita kawan glemernya itu..al maklumlah bukan calang2 nama..hahaha itu ak tidak boleh nafikan..



Seterusnya terus menuju ke pasar malam Jalan Tar..ak ini bila disebut Jalan Tar..Masjid Jamek..or sekitar2 memang ak beriya2 sangat nak pergi..syurga tudung..hahaha..bila dah tengok, semua ak rasa nak beli..obses sungguh!!Di rumah, berpuluh2 koleksi tudung..shawl..dan apa2 saje lah yang dipanggil orang tuh ak berjaya milikki..If boleh, ak nak ada semua tudung yang ak suke...Pakai tudung yang selesa dan cantik membuatkan tidak berhenti untuk membeli dan membeli tudung..hehehe..



Nak dijadikan cerita, seronok sangat menilik2 tudung yang dah macam2 style tuh ternampak DBKL buat rush..alamakkkk!!Akak ak dah mengelabah mungkin kerana serik memberi sedekah RM 100 sewaktu urusan 5 minit dia yang lalu buatkan dia fobia untuk kali ke-2..hahaha..kesian..biasalah malam pasar malam parkir memang tidak pernah berkesempatan..sebelum parkir tadi pun kami teragak2 nak join memarkir tepi jalan tapi dah sederet kereta2 lain membuat kepala, apa salahnya kami menjadi ekor..hahaha..sudahnya, terus membuat putus siap sedia untuk mendapatkan kotak hitamnya sebelum ditampal dengan apa2 notis..huh!(Tidak puas membeli membelek lagi)..



Jam masih awal..sekali lagi si kakak request nak bersantai di laman santai katanya..aduiii ada2 jep request yang menganti acara..terus ke laman santai di istana budaya..round berkali2 untuk mendapatkan tempat yang selesa buat si kotak hitam ini berehat..payah betul mencari..mungkin juga kebetulan pementasan Lat Kampung Boy yang membuatkan ak keletihan tanda mengalah saja..dah dapat satu parkir di depan Pusat Darah..tapi terus diacah oleh seorang pengawal di situ..


"Kereta siapa ni?

"Kalau tak nak apa2 jadi kat kereta Cik, sila parkir tempat lain..Kat sini ambulans keluar masuk"

"Ok, baik..."


Hah..if tidak mahu melibatkan diri tak payah la memberi alasan ambulans keluar masuk malam2??Pelik dengan pengawal yang tidak berjaya mencari alasan kukuh..walhal kotak hitam ini duduknya elok2 sahaja..langsung tak menghalang lalu lintas..emmm apa nak kata kalau pengawal itu dah bersuara..Then bersantai di laman santai..ini memang tempat kunjungan kami bila hujung minggu..bukan artis yang dicari tapi joget lambak dan tarian2 yang berjaya menarik kami ke sini saban minggu..walaupun ak sangat tidak terhibur dengan keletah pengacara separuh maskulin itu, tapi ak tetap tidak berganjak kerana menunggu apa yang dicari..yesss akhirnya ak berjaya..ada joget lambak..poco2..nyayian 60-an..sungguh terhibur dan mencuri kenangan..Nampaknya minggu depan kena turun awal kerana tidak sanggup lagi membuang masa mencari parkir